Isnin, 26 Januari 2009

Selamat Bercuti




Saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga pelajar, mahasiswa dan warga pendidik. Ambillah masa bercuti ini sebaik mungkin untuk bersama-sama dengan keluarga dan eratkan tali persaudaraan dengan berkunjung ke destinasi-destinasi menarik di seluruh negara.

Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati lah di jalan raya. Patuhi had laju dan bawa secara berhemah. Kita tidak mahu warga kita yang mempunyai masa depan yang cemerlang terkorban di atas jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.



Read more...

Selamat Tahun Baru Cina




Kepada semua masyarakat Tionghua, terutamanya di negeri Terengganu, saya dan isteri ingin mengambil kesempatan ini untuk megucapkan Gong Xi Fa Choy. Semoga pada tahun seladang ini membawa ketabahan dan kecekalan kepada anda bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Semoga berbahagia selalu.

Read more...

Sabtu, 24 Januari 2009

Merasmikan Pusat Aktiviti Persatuan Darul Fitrah Malaysia (Trg)

Pada 24 Januari 2009, saya telah merasmikan Pusat Aktiviti Persatuan Darul Fitrah (PDF) Terengganu beralamat di 1634 K & L, Taman Had, Jalan Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu. Usaha dakwah perlu diteruskan sepanjang masa.
Bermesra bersama rakyat
Bacaan doa majlis
Cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan dakwah juga perlu dicari. Penerimaan Islam di negara-negara barat seperti Perancis dan US yang semakin ketara selepas peristiwa 11 September. Badan-badan dakwah dan sukarela berusaha dengan lebih gigih menampilkan imej sebenar Islam yang menekankan kecemerlangan dan keseimbangan dunia dan akhirat. Saya percaya melalui teladan yang baik Islam lebih mudah diterima.
Menyampaikan kata-kata semangat dan tazkirah
Berucap ketika merasmikan Pusat Aktiviti Persatuan Darul Fitrah Malaysia Cawangan Terengganu
Menampilkan Islam dalam amalan juga adalah sebahagian daripada dakwah yang dikategorikan "dakwah bil hal", di mana kadang-kadang ia lebih berkesan daripada ceramah dan penerangan semata-mata. Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato Embong Awang selaku penasihat dan Pengerusinya Datin Norhana Abdullah

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP